RSS

Welcome to my Blog. Enjoy reading :)

Thursday, April 9, 2009

My Farewell Message To All My I.T. Facilitator

Kepada kawan karib yang menjadi I.T. FACILITATOR ,

Nampaknya masa yang genting telah tiba. Day after day & month after month time past away, kita telah bersama dari training sehinga bekerja di satu office pula lebih kurang 4 bulan dah. Setiap permulaan pasti ada perakhiranya & setiap pertemuan pasti ada perpisahannya. Mulai minggu ini, kamu semua akan pergi ke sekolah masing masing. Dengan ketiadaan mu, membuatkan aku rindu & terkenang balik detik kegembiraan semasa kat NCIA. Kepada Cik Sue, dengan ketiadaan kami, harap kamu boleh membiasakan diri dengan keadaan sekolah nanti.

Kepada pasangan bahagia Cik Linda & Encik Adie, walaupun kamu berdua akan berpisah buat sementara waktu tapi tuhan tetap akan memberkati kamu berdua & membolehkan hubungan kamu berdua terus berkekalan & menjadi pasangan paling bahagia. Khas untuk Cik Linda mulai minggu depan kita semua tidak dapat lihat pose V dengan 2 jari yang biasa you buat itu. I rasa Gary pun mungkin tak biasa kut. Kepada Encik Adie kawanku, I memang berterima kasih sangat kerana sudi bagi I tumpang dekat rumah you pada bulan disember yang lepas. Detik kegembiraan semasa I, Shuk, Bob, Poison & Khairul berlepak dekat Queensbay waktu malam. Ini 1 memory untuk I yang tak akan lupa itu.

Kepada Encik Shukri pula, I masih ingat semasa dekat training, you lah yang pernah tumpang I pergi ambil kereta I di parking lot dan kita bertiga pernah sewa bilik dekat tempat rajen yang akhirnya bob selamatkan kita. Lagipun kita berdua pernah handle budak - budak dekat Rakan Muda Taiping under project Edu-Cititel Taiping ( Koridor Utara ) dan pernah beli cenderahati kepada mereka. I memang tak akan lupakanya.

Kepada Cik Shiykin pula dengan ketiadaan mu, membuatkan kereta I menjadi sunyi sepi kerana tidak dapat mendengar suara cute you lagi yang suka menyayi lagu Jatuh Cinta Lagi dari Hot FM. Minggu ini dengan ketiadaan mu, I rasa feri akan menjadi sunyi juga. Bila duduk feri nanti, I akan terkenang pula saat kegembiraan semasa dekat feri nanti.

Kepada Bob ( Encik Raja Izwan ) pula, walaupun masih tinggal beberapa hari saja lagi kita bersama, tapi I memang berterima kasih sangat kerana you selamatkan I dan Encik Shukri semasa sewa dekat tempat rajen dan you pernah bertungkus lumus membuat syllabus untuk I semasa I dan Encik Shukri berada dekat Edu-Cititel Taiping Rakan Muda.

Kepada Cik Uma. Walaupun kita tak pernah training bersama, tapi kewujudan you membuatkan office NCIA bertambah meriah dan petengkaran kita berdua akan tinggal beberapa hari saja sebelum kita pergi ke sekolah masing - masing nanti dan selamat tiba di KL untuk convo nanti.

Kepada Cik Ijam yang baru saja nak join Happy Family kita, akhirnya terpaksa mengucapkan selamat tinggal kepada yang lain dan I pula masih tinggal beberapa hari saja lagi untuk bersama dekat Happy Family. So Cik Ijam jangan rasa sedih dengan ketiadaan kami nanti. Kita semua akan mengingati you juga dari training sehinggalah sekarang.

Akhir sekali kepada Miss Diana sebagai ketua CITAKU Lab. I memang berterima kasih sangat kerana pemilihan Miss kepada kita menjadi IT FACILITATOR adalah pilihan yang tepat dan we all won't let Miss down when we all enter the school labs nanti. Kita akan berjuang habis - habisan untuk project CITAKU berjaya.

Akhirnya I nak mengucapkan terima kasih atas jasa baik kawanku kerana sudi menyambut hari jadi I pada 10 march lalu. Di harap kita akan bertemu lagi di masa akan datang. Jaga diri baik baik tau.

From : Wesley Lian Swee Huong ( I.T. FACILITATOR )

Kalau ada salah & silap semasa di NCIA tolong maafkan I ya. Di sini I nak tujukan 2 buah lagu kepada kawan - kawan yang telah pergi ke sekolah dah. 2 lagu itu ialah :

Show Me The Meaning Of Being Lonely from BackStreet Boys ( BSB )

and

Apologize from Timbaland

dan 2 lagu tersebut boleh di dengar di friendster I. Hope you all like it. Good Luck To My I.T. FACILITATOR friends...........

0 comments: